DARI tahun 2000 sehingga
2010, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sebanyak 28.99 juta
kad pengenalan MyKad.
Jumlah tersebut meliputi pengeluaran MyKad bagi gantian untuk permohonan disebabkan kes kerosakan dan kehilangan.
JPN adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian.
Ia ditubuhkan selepas
Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran) 1948 yang
dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.
Peraturan itu memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun dan ke atas.
Peraturan itu memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun dan ke atas.
Kad pengenalan kini sudah menjangkau usia 63 tahun yang menyaksikan evolusi dari hanya sekeping kad kertas yang dikenali sebagai kad beras kepada MyKad iaitu kad pintar bercip yang diperbuat daripada bahan polikarbonat.
1948: Kad
pengenalan kertas
- Pengenalan: Oleh
pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency [Registration Areas] Regulation
1948, bagi membendung ancaman pengganas komunis. Ia juga dikenali sebagai ‘kad
beras’ kerana sewaktu catuan makanan pada zaman darurat bermula pada 1948 itu
memerlukan bukti pengenalan diri bagi mendapatkan beras.
- Pelaksanaan: Digunakan
di Semenanjung Malaysia dari tahun 1948 sehingga 1960.
- Ciri-ciri: Tujuan untuk
keselamatan, tidak bersalut, gambar hitam putih, cap ibu jari kanan sahaja,
maklumat asal penduduk, tiada taraf kewarganegaraan.
- Pengenalan: Akta
Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi sistem
pengeluaran kad pengenalan.
- Pelaksanaan: Digunakan
di Semenanjung dari 1 Ogos 1960 sehingga 31 Mac. Diperkenalkan di Sarawak pada
30 Mac 1966 dan Sabah pada 1 Jun 1972.
- Ciri-ciri: Keselamatan
yang baik, bersalut dan diproses secara teragih, empat warna bagi menentukan
taraf warganegara, maklumat terperinci, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri
dan kanan.
1990: Kad
pengenalan bermutu tinggi
- Pengenalan: Bagi
menggantikan kad pengenalan plastik. Juga dikenali sebagai kad pengenalan bunga
raya.
- Pelaksanaan: Diperkenalkan
pada April 1990.
- Ciri-ciri: Keselamatan
yang tinggi, gambar hitam putih (1990) dan gambar warna (1999), cap ibu jari
kiri dan kanan, maklumat terperinci dan bersalut.
Kad pengenalan
pintar
- Pengenalan: Kad pintar
yang dikenali sebagai MyKad.
- Pelaksanaan: Mulai
akhir 2000 di Semenanjung dan awal 2002 di Sabah dan Sarawak. Penukaran kad
pengenalan bermutu tinggi kepada Mykad adalah secara sukarela dan percuma mulai
tahun 2003 sehingga 2005.
- Ciri-ciri: Kad
pengenalan mempunyai ciri keselamatan tinggi dan berteknologi cip yang kini
diperbuat daripada bahan polikarbonat. Pada masa ini, ia memuatkan aplikasi
lapan tambah satu (8+1) dalam satu kad.
sumber : citrasupply
No comments:
Post a Comment