Mustahil ada yang tidak
mengetahui apa itu McDonald’s. Silap-silap ada yang memang tiap-tiap
hari makan kat sana. Kepada yang mengada-ngada tak tahu, McDonald’s
adalah franchise makanan segera yang terkemuka di dunia. Berikut adalah
beberapa fakta dan trivia menarik tentang McDonald’s agar boleh
menambahkan ilmu anda tentang makanan segera kesukaan ramai itu.
- Big Mac telah dicipta oleh Jim Delligatti pada tahun 1967 di sebuah restoran McDonald’s di Uniontown, Pennsylvani
- Harga asal Big Mac adalah 49sen USD.. (hohoho kalau sekarang harga dia macam tu, tiap-tiap hari aku bawak bekal Big Mac)
- Secara puratanya, terdapat 178 biji bijan di bun sesebuah Big Mac
- Di India, nama Big Mac ditukar kepada Maharaja Mac yang menggunakan daging kambing kerana masyarakat India tak boleh makan daging lembu.
- McDonald’s drive through pertama adalah di Sierra Vista, Arizona yang mula beroperasi pada 24 Januari 1975
- Orang di Jepun akan menyebut McDonald sebagai “Makudonarudo”
- Ronald McDonald boleh berbicara dalam 25 bahasa
- Sarah Michelle Gellar pernah disaman oleh McDonald pada usia 4 tahun kerana dialog “Do I look 20 per cent smaller to you? I must have at McDonalds because their hamburgers are 20 per cent smaller than Burger King’s.” dalam iklan Burger King’s
- Nama McDonald’s diambil daripada nama keluarga Dick McDonald dan Mac McDonald yang merupakan orang pertama yang membuka restoran McDonald’s pada tahun 1940.
sumber : cisdel
No comments:
Post a Comment