Pages

Friday, March 16, 2012

Samsung Series 7 Slate – Tablet Windows 7 Dari Samsung



















Salah satu peranti yang dinantikan oleh kami adalah Galaxy Note 10.1. Namun, pihak Samsung tidak mengumumkannya, dan mungkin akan memperkenalkannya dalam acara seterusnya. Namun, salah satu tablet yang didatangkan dengan sokongan stylus adalah Samsung Series 7 Slate.





Tablet ini telah pun dilancarkan sejak daripada tahun lepas, namun kami masih belum berpeluang menggunakannya, dan tidak ketahui samada dakah ianya ditawarkan dipasaran tempatan ataupun tidak. Dan berbeza dengan Galaxy Tab, Samsung Series 7 Slate dijalankan menggunakan Windows 7.

Dari segi spesifikasi, ia didatangkan dengan cip pemprosesan Intel Core i3 dan juga i5, storan pilihan 32GB, 64GB, dan juga 128GB dalam bentuk SSD, sokongan WACOM Pen dan juga skrin sentuh, memori 4GB RAM, serta kebolehan untuk disambungkan kepada papan kekunci melalui Bluetooth. Walaubagaimanapun, kami gagal untuk mendapatkan masa bertahan bateri untuknya.





Memandangkan ia didatangkan dengan sokongan Windows 7, maka semestinya merupakan salah satu tablet yang mungkin menjadi pilihan pengguna yang inginkan tablet Windows 8 kelak, kerana semestinya ia boleh dikemaskini dengan mudah.

sumber : amanz


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...