Saintis-saintis
di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang
diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil.
Satu
kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari
Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu
tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab
al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan
menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel
terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut
di hadapan mereka.
Kumpulan
saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati
laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali
sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan
satu cawangan Sungai Nil.
Kini,
dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan
bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang
yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam
(km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu
berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu
model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat
kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter
itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
sumber: oleh Jurnal Public Library of Science ONE
No comments:
Post a Comment