Pages

Monday, April 2, 2012

Cara Mencuci dan Membersihkan Penutup Rice Cooker / Periuk Nasi anda


Aku saja buat entry ni sebab aku yakin mesti ramai yang tak sedar dan tak tahu bahawa kita perlu atau boleh membasuh penutup rice cooker (ada orang taip 'reskuker') bagi jenis rice cooker / periuk nasi seperti gambar dibawah ini.


Kenapa perlu basuh?, sebab wap nasi yang kita masak/tanak pasti akan "melekat". Bayangkan kalau setahun tak basuh, maksudnya beratus2 kali wap tu berkitar semula. Jadi tu yg kadang2 kita macam terbau nasi basi ke apa pada periuk nasi tersebut. hehe. Kalau pernah masak nasi lemak, nasi ayam lagi lah.


Berdasarkan gambar di atas & bawah ni, pada bahagian Inner Lid tersebut, kita boleh tanggalkan.  Biasanya akan ada getah yang pegang bahagian tengah lid tersebut. Bahagian yang boleh ditanggalkan ini lah yang kita perlu bersih kan. Ada jenis yang senang nak ditanggalkan, kalau yg susah atau macam ketat tu, rentap je kuat sikit (janji tak tercampak periuk nasi). hehe

Semoga ia membantu, dan jika anda tak pernah basuh bahagian tersebut, boleh la basuh sekarang.

sumber : rafanisi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...