Sunday, February 5, 2012
Sebab Kenapa Solid-State Drive Mahal
Ramai peminat komputer yang tertanya-tanya kenapa harga sebuah solid-state drive(SSD) sangat mahal mengalahkan meriam antik sedangkan hard disk drive(HDD) tu pun hanya iras iras harga gula gula. Sebenarnya banyak sebab kenapa harganya tersangat mahal kerana ia berkaitan dengan teknologi dan juga pengguna itu sendiri.
Mengikut kenyataan Micron yang merupakan pengeluar komponen-komponen semiconductor, SSD mengunakan teknologi NAND Flash yang sangat mahal jika dibandingkan dengan DRAM. Secara ringkasnya, komponen yang digunakan dalam SSD adalah sangat berprestasi tinggi jika dibandingkan dengan yang di gunakan dalam penyimpan data USB ataupun memroy card. Proses pembuatan SSD yang tersangat rumit juga menyumbangkan kepada kenaikan harga kos dan secara tidak langsung menaikkan harga pasaran. Sebagai contoh, SSD perlu menjalani ujian compatiblity dan stability yang membantu dalam menaikkan kos pembuatan.
Bagi yang pernah mempelajari ekonomi, harga SSD yang seperti lalang itu melambung tinggi berubah mengikut angin prinsip permintaan dan bekalan(demand & supply). Oleh kerana permintaan yang kurang dan pasaran yang suam suam kuku, penjual hanya mendapat keuntungan yang sedikit jadi mereka terpaksa menaikkan harga untuk menampung harga modal. Oleh kerana harga yang tinggi ini, ia menjejaskan kadar permintaan di kalangan pengguna kerana mereka boleh dapatkan storage yang besar dengan harga yang rendah.
Adalah tidak terjangkau keupayaan pengeluar SSD untuk menyaingi pengeluar HDD dalam pasaran komputer peribadi desktop kerana faktor harganya yang mencecah langit menyebabkan pengeluar mencari pasaran yang mempunyai saingan yang rendah iaitu smartphones dan tablet. Rekabentuk smartphone dan tablet yang padat, nipis serta mudah alih itu terpaksa menggunakan SSD sebagai komponen penyimpanan datanya berdasarkan bentuk fizikal SSD yang ramping dan jauh lebih ringan. Kejayaan dalam pelaburan pasaran iPad dan Android membuktikan bahawa pembuatan SSD untuk kegunaan alatan mudah alih lebih untung dari pengeluaran simpanan data untuk komputer peribadi desktop.
Keputusan gergasi pengeluar-pengeluar HDD seperti Western Digital, Samsung dan Seagate untuk mengeluarkan SSD dijangka akan menghangatkan lagi pasaran SSD yang sangat merangkak rangkak. Keputusan ini dibuat kerana prestasi kerja SSD dalam kelajuan proses simpanan datanya yang jauh lebih tinggi dari prestasi HDD. Dengan meningkatnya persaingan antara pengeluar SSD, harga pasaran akan menurun dengan lebih cepat.
niejamla - Jika anda semua perasan harga Macbook yang mahal dan kelajuan gerakan data yang tinggi adalah di atas faktor ia dilengkapi dengan SSD.
sumber : umar faruq
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment