Pages

Thursday, February 23, 2012

Bantal Kekabu


Musim gegar buah kekabu



DI bawah pohon kekabu, kelihatan seorang wanita tua membongkokkan badannya sambil mengutip buah-buah kekabu yang gugur di laman rumah Musinah Sangit.
Begitulah rutin harian Musinah setiap kali tiba musim pokok kekabu yang berbuah dua kali setahun itu.
Laman rumah, jalan raya dan bendang di depan rumah berwarna putih itu dipenuhi kekabu yang berterbangan dibawa angin. Kediaman Musinah, 88, berhadapan dengan bendang yang terbentang luas di Parit 1 Barat, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
Pada usia sebegitu, anak kelahiran Sungai Besar itu masih kuat mengutip buah kekabu dan memprosesnya sambil dibantu jirannya, Mursini Mohd. Saman, 65.
Kudratnya yang gigih mengutip kekabu umpama teguhnya berdiri pokok kekabu yang berusia lebih 50 tahun di laman rumahnya. Pokok itu ditanam sendiri oleh ibu bapa Musinah.
Pasti ramai yang tidak pernah melihat rupa fizikal pokok kekabu dan buahnya secara dekat. Namun setiap rumah pasti memiliki bantal mahupun tilam kekabu.
Proses kekabu
Telahan penulis bahawa pokok kekabu di laman rumah Musinah yang togel daunnya dan hanya kelihatan buah kekabu bergayutan menunggu akhir hayatnya ternyata meleset. Setiap kali tiba ia berbuah, daun-daunnya akan luruh serentak persis pokok mati.
"Selepas habis musimnya, daun-daun akan tumbuh semula," kata Mursini sambil memberitahu pokok kekabu berbuah dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Jun selama tiga bulan.
Di Malaysia, pokok kekabu mencapai ketinggian 30 meter. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 40 meter di benua Amerika. Pokok kekabu tidak tumbuh liar di Malaysia dan ia berasal dari bahagian tropika benua Amerika.
Mursini sudah lebih 30 tahun membantu Musinah mengusahakan kerja-kerja memproses kekabu.
"Biasanya sehari tiga hingga empat kilogram kekabu boleh diproses. Buah kekabu yang sudah masak seelok-eloknya dipetik dengan menggunakan galah panjang.

BUAH kekabu yang berwarna kehitaman boleh dipetik.


"Petik bermaksud dahannya digegarkan atau digoncangkan dengan galah panjang supaya buah yang sudah masak akan luruh manakala yang mentah tidak akan luruh kerana masih liat," kata Mursini.
Buah kekabu yang mengambil masa tiga bulan untuk matang dikait bagi mengelakkan ia kotor jika terjatuh ke tanah. Bagaimanapun, buah kekabu yang jatuh juga boleh digunakan.
Dek tingginya pokok kekabu, galah panjang pun tidak terjangkau. Justeru, Musinah dan Mursini perlu menunggu buah kekabu yang paling atas untuk gugur sendiri.
Jika tiada buah yang gugur, buah kekabu yang berwarna kehitaman boleh dipetik. Ia kemudian dijemur di tengah-tengah panas terik sehingga kulitnya kering.
"Buah kekabu ini ada dua jenis iaitu kurus dan panjang serta besar dan bulat. Jika pokok muda, buah kekabu boleh menjangkau hingga satu hasta," ujar Musinah yang selesa membahasakan dirinya sebagai embah. Embah dalam bahasa Jawa bermaksud nenek.
Waktu yang paling baik memproses buah kekabu ialah pada awal pagi ketika cuaca dan udara masih lembap dan tidak kering. Jika dilakukan pada waktu tengah hari, gentian kekabu akan berterbangan.
Embah Musinah dan Mursini memproses kekabu secara kecil-kecilan dengan menggunakan kaedah manual tanpa menggunakan mesin.
Jari-jemari tua Musinah pantas menunjukkan cara-cara mengupas kulit dan mengasingkan biji kekabu.
Selepas dikupas, rupa kekabu kelihatan sama seperti susunan buah koko. Setiap satu bilik mempunyai satu biji.
"Dalam proses ini, empulur kekabu akan dibuang. Kekabu dan bijinya dimasukkan ke dalam bekas tong. Kemudian sejenis alat berbentuk T (penggesek) yang dibuat sendiri dimasukkan di dalam bekas tong tersebut dan proses menggesek dilakukan," jelas Mursini sambil membuat demonstrasi cara menggesek.
Dimakan tupai
Proses menggesek dilakukan bagi membolehkan gentian kekabu kembang naik ke atas manakala biji-biji kekabu akan berada di dasar bekas tong.
Sepokok buah kekabu boleh menghasilkan lebih 30 kilogram kekabu semusim yang dijual pada harga RM15 sekilogram.
Menurut embah Musinah, pokok kekabu merupakan pokok yang paling senang dijaga, tetapi buahnya yang mentah sering dimakan tupai.
Pokok kekabu boleh ditanam dengan menggunakan anak pokok, biji dan dahan yang dipangkas. Ia mengambil masa lima tahun untuk berbuah. Pokok kekabu juga ada jantan dan betina. Kalau pokok kekabu betina, walaupun rendah ia boleh berbuah berbanding pokok jantan.
Ketika ditanya mengenai cakap-cakap orang mengenai pokok kekabu menjadi lokasi langsuir bertenggek, embah Musinah hanya tersenyum sambil berkata: "Kalau betul, kenapa embah tak pernah jumpa pun?"
Jika embah Musinah memproses buah kekabu, ibu kepada dua anak iaitu Sandora Mohd. Panut, 36, pula menjual pelbagai produk yang berasaskan kekabu seperti bantal kekabu, tilam kekabu, set tilam bayi dan kusyen nikah.

BUAH kekabu yang matang dikait bagi mengelakkan ia kotor jika terjatuh ke tanah.


Sandora mula berjinak-jinak dengan perniagaan kekabu sejak tahun 2005 secara kecil-kecilan selepas melahirkan anaknya.
"Saya bermula dengan perniagaan menjual tunku bayi dan minyak sawan kemudian barulah serius menjual produk kekabu atas permintaan rakan-rakan.
"Kedai ini hanya mula dibuka pada pertengahan tahun lalu yang dibuka pada hari Selasa hingga Ahad bermula dari pukul 9 pagi hingga 8 malam," katanya yang turut menjual bantal kekabu di Wisma Tani, Putrajaya pada akhir bulan.
Penuhi permintaan
Sandora memberitahu, pada awal perniagaannya dia menggunakan 10 kilogram kekabu, kini penggunaannya menjangkau 10 hingga 20 kali ganda iaitu 100 hingga 200 kilogram sebulan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.
Berikutan itu, Sandora mendapatkan bekalan daripada pemborong tempatan dan dari negara jiran, Indonesia.
Penggunaan produk kekabu kini kian meningkat kerana sudah ramai pengguna mengetahui dan sedar akan kebaikannya.
"Saya biasanya menjual produk kekabu di karnival atau di tempat-tempat yang tidak ada orang menjual produk yang sama.
"Produk kekabu yang dijual menggunakan kain kapas kerana ia tidak panas seperti kain satin. Kebanyakan produk dijual pada harga yang berpatutan iaitu RM5 hingga RM30 bagi bantal dan RM80 hingga RM500 bagi produk tilam," katanya sambil memberitahu produk kekabu keluaran Infantia House mempunyai trademark tersendiri iaitu renda di kelilingnya.
Menurut Sandora, untuk tilam bayi bersaiz 71 sentimeter (sm) x 91 sm dia mengambil masa di antara satu hingga dua jam. Dalam sehari, dia mampu menghasil empat buah tilam bayi. Bagi tilam bersaiz King dan Queen, Sandora mengambil masa setengah hari.
Kata Sandora, ada juga pelanggan yang merungut bahawa produk yang dijualnya mahal, namun Sandora ada pandangannya sendiri.

MENURUT Musinah waktu yang paling baik memproses buah kekabu ialah pada awal pagi.


"Hari ini kekabu sukar untuk peroleh, jadi kita terpaksa menjual pada harga yang berpatutan. Saya tidak rasa kekabu mahal, kerana ia berbaloi dengan wang yang dilaburkan dan tahan lama," ujarnya yang memiliki kedai sendiri di Jalan Iskandar, Kampung Bukit Kapar, Klang.
Bagi mengetahui sama ada bantal kekabu yang dibeli menggunakan kekabu tulen atau tidak, Sandora menasihatkan supaya tidak membeli dengan kuantiti yang banyak.
"Bantal kekabu apabila dijemur dan diketuk dengan rotan akan gebu semula kekabunya dan jika ia panas dan dimasukkan dalam plastik, plastik tersebut akan berpeluh.
"Persaingan perniagaan ini memang sengit. Namun, jika kita menjual dengan jujur dan memberikan produk berkualiti, pasti ada pelanggan tetap," katanya yang mendapat bekalan kekabu gred A dan B melalui pembekal dari Negeri Sembilan.
Dek kerana sukar mendapatkan bekalan kekabu, Sandora bercadang untuk menanam sendiri pokok kekabu dalam masa dua tahun akan datang bagi menampung bekalan kekabu.
Ditanya apakah kelebihan bantal kekabu? Jelas Sandora : "Ia lebih selesa dan sejuk berbanding serat sintetik atau span yang menyebabkan pengguna berasa panas atau berpeluh di kepala.
"Selain itu, tilam kekabu juga baik untuk mereka yang mengalami sakit belakang kerana gentiannya lembut dan semula jadi."
Kepada mereka yang berminat untuk membuat tempahan bantal atau tilam kekabu, Sandora boleh dihubungi melalui talian 019-360 3810 atau layari laman web www.infantiahouse.blogspot.com.


sumber : kosmo

Saturday, February 18, 2012

Cara Tukar & Pasang Tombol Pintu Baru


1. Set tombol pintu yg baru


















2. Ruang tombol yg telah dibuka



















Step 1 

1. Leraikan bahagian tombol pintu dalam (tombol yg tidak mempunyai slot kunci)



















2. Perhatikan dekat2 .. ada satu ruang kecil - guna benda keras untuk tekan klip tersebut - sambil tu .. tarik tombol keluar



















3. Tombol keluar akan kelihatan seperti berikut:



















 4. Kemudian leraikan bahagian tombol pintu dalam seperti berikut:



















Step 2

1. Pasang pengunci pintu seperti berikut:
(pastikan bahagian angle 45 darjah menghadap keluar)



















2. Masukkan tombol pintu ke dalam slot terbuka
(pastikan join antara pengunci pintu dan bahagian pada tombol dikunci sama(inter-lock)

 




































3. Tombol pintu yg telah masuk akan kelihatan seperti berikut:
(apabila anda pusingkan tombol, pengunci pintu akan masuk & keluar)

















  

Step 3

1. Masukkan plate & screw pada permukaan pintu




















2. Masukkan cover plate & klip bagi rapat



















3. Masukkan tombol pintu bahagian dalam pada posisi berikut:
(tolak aje tombol tersebut .. nanti akan bunyi seakan klik)



















 Dan anda akan dapat tombol pintu yg baru






















sumber : asmadiabdulrahman.blogspot.com

Fakta Menarik Tentang Tidur

 










Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.

Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).

Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.

Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.

Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.

Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.

Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.

Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.



sumber : google






Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli


 

  Peta ke Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli ada di bawah ini.
Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli
Menurut sumber, rumah ini disiapkan kira-kira 1 tahun dengan menelan kos 1.2 juta. Ianya dibina di atas tanah seluas 140 kaki persegi oleh kumpulan pekerja pemiliknya, Alexander Yap dengan bantuan arkitek Cheong Kok Ann dan jurutera Paul Yap.
Keunikan Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli.
Bukan sahaja rumah ini terbalik dari segi struktur binaannya tetapi hiasan dalaman rumah ini juga terbalik, ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas dan perhiasan dindingnya.
Bagaimana mahu ke Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli?
Perjalanan selama 20-40 minit dari Kota Kinabalu ke Tamparuli, terletak di tepi jalan utama ke Kundasang, Ranau dan ianya berdekatan dengan SMK Tamparuli.
Berapa tiket masuk ke Rumah Terbalik Borneo Kg Telibong Tamparuli?
RM18 untuk dewasa.
RM10 untuk dewasa pemegang MyKad
RM5 untuk kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun.
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi:
Telefon : 088260263
Email: sales@trekkerslodge.com

Rumah-Terbalik-Borneo-Kg-Telibong-Tamparuli
Ada kereta kancil terbalik
rumah-terbalik-borneo
Keluarga Rumah Terbalik Borneo
rumah-terbalik-borneo
Menanam tiang asas rumah
rumah-terbalik-borneo
Boy (engineer) dan BB (Manager)
rumah-terbalik-borneo
rumah-terbalik-borneo
rumah-terbalik-borneo
rumah-terbalik-borneo
rumah-terbalik-borneo
Rekaan dalaman.
rumah-terbalik-borneo
Hiasan di ruang makan
rumah-terbalik-borneo
Hiasan di ruang tamu
Rencana akhbar Daily Ekspress
Rumah Terbalik Tarikan Terbaru Pelancong.
(Ricardo Unto)
TAMPARULI: Jangan betulkan surat khabar anda! Rumah yang memang sengaja dibina terbalik ini – pertama seumpamanya di Malaysia – menjadi satu lagi tarikan pelancong di Sabah.
Namun, rumah tersebut bukan untuk didiami tetapi dibuka untuk kunjungan umum bermula Rabu.
Rumah yang direka berdasarkan rekaan rumah lewat 90-an itu mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penduduk tempatan dan pelancing luar pada hari pertama pembukaannya.
“Kami mahu Tamparuli mempunyai sesuatu yang menarik selain Jambatan Tamparuli dan aktiviti white – water rafting di Kiulu,” kata Penolong Pengurus Operasi Rumah Terbalik, Kenny A Antohio Jinidu menjelaskan tujuan pembinaan rumah terbalik itu pada Rabu.
Kenny juga mendedahkan rumah tersebut diharap menjadi salah satu mercu tanda bagi Negeri ini pada masa akan datang.
“Rumah ini mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan dan keseluruhan projek pembinaan premis ini menelan belanja sekitar RM1.2 juta untuk disiapkan. Untuk menyiapkannya agak mudah, tetapi untuk mendapatkan OC (Sijil Layak Menduduki) adalah agak sukar.
“Kini, kami sudah mempunyai OC, jadi rumah ini sudah sedia untuk menerima pengunjung. Dengan OC ini juga, kami boleh mendapatkan insurans,” katanya.
Kata Kenny, rumah itu terhasil dari kajian dan percambahan minda pemiliknya, Alexander Yee dan kumpulan kerjanya, termasuk arkitek Cheong Kok Ann dan jurutera Paul Yap.
Bukan setakat struktur rumah ini sahaja yang terbalik, malah semua barangan di dalam rumah itu turut terbalik.
“Dan bagi kebanyakan orang, mereka akan berasa pening apabila berada di dalam rumah ini melebihi 10 minit. Tapi bagi kumpulan pereka dalaman, dimana mereka terpaksa berada di dalam rumah itu dalam tempoh yang lama, biasanya tiga jam… mereka akan menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam,” ujar Kenny.
Jelasnya, ini disebabkan oleh keadaan di dalam rumah yang bertentangan dengan keadaan “biasa” dimana “jika di dalam rumah itu, benda-benda yang biasanya terletak di bawah, berada di atas,”.
Mengenai keselamatan, pihak pengurusan mengambil beberapa langkah untuk mengelak daripada berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.
“Pengunjung dilarang berjalan di luar karpet merah atau laluan yang telah ditetapkan di dalam rumah.
“Barangan di rumah ini, misalnya, perabot dan peralatan elektrik dilekatkan dengan menggunakan skru dan pelekat… tapi kami melarang pengunjung daripada menyentuh, memegang atau menarik barangan yang dipamerkan,” jelasnya.
Rumah yang terletak berhampiran SMK Tamparuli itu dibuka kepada pengunjung setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam dengan bayaran tertentu.
Antara kemudahan yang disediakan di perkarangan rumah itu adalah kafe, kedai dan tandas.
Tapi anda diingatkan agar menggunakan tandas yang disediakan di luar rumah itu, bukan di dalamnya.
Rumah-Terbalik-Borneo-Kg-Telibong-Tamparuli 





 sumber : puadede





Sunday, February 5, 2012

Aplikasi Bajet Percuma Dari AKPK

Aplikasi Bajet yang ringkas ini dibangunkan oleh Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK). Aplikasi ini boleh digunakan untuk membantu pengguna merancang belanjawan peribadi bulanan atau tahunan.

Boleh di muat turun dari halaman web rasmi Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) atau gunakan link ini. Keputusan belanjawan bulanan yang telah dikira boleh juga disimpan didalam komputer dan jika diperlukan ia juga boleh dieksport ke format Microsoft Excel untuk memudahkan pengguna.




 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Pengguna hanya perlu memasukkan input yang berkenaan dan setelah lengkap semuanya, aplikasi ini mampu mengira belanjawan bulanan atau tahunan untuk menunjukkan samada belajawan tersebut mempunyai lebihan ataupun defisit.

Jika keputusan daripada pengiraan belanjawan bulanan atau tahunan itu menunjukkan terdapatnya lebihan, Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kerana anda telah berada dilandasan yang betul didalam mengurus kewangan peribadi


Jika keputusan menunjukkan terdapatnya defisit, sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikannya ke tahap yang lebih baik. Penstrukturan hutang, pinjaman serta langkah-langkah penjimatan perlu dilakukan segera. Program POWER! - Pengurusan Wang Ringgit Anda dari Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) tentunya dapat membantu anda.

Selain itu, Aplikasi Bajet ini juga terdapat dalam bentuk diatas talian bagi yang tidak mahu memasangnya secara tetap di komputer. Fungsinya sama kecuali hasil pengiraan tidak boleh disimpan dan dieksport keluar.

sumber : mdanif

Keris Taming Sari - Antara Mitos dan Realiti

























Keris tersohor di alam Melayu lambang kebesaran Diraja Kesultanan Perak

KERIS iaitu sejenis senjata pendek yang digunakan untuk mempertahankan diri sejak lebih 600 tahun dulu tidak dapat dipisahkan daripada warisan galur bangsa.

Senjata unik di dunia Melayu ini boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, selatan Thailand; Mindanao, Filipina serta Brunei dengan nama yang digunakan untuk senjata ini berbeza mengikut daerah.

Misalnya, di Mindanao ia dikenali sebagai sundang manakala di Bali dipanggil kedutan, Jawa Barat menggelarkannya kujang serta penduduk Sumatera merujuk keris sebagai kareh.

Dipercayai perkataan keris berasal daripada bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.

Selain digunakan untuk mempertahankan diri ketika bersilat, keris juga menjadi alat kebesaran diraja atau lambang kedaulatan Melayu. Dalam ratusan jenis senjata ini, keris tersohor yang paling dikenali ramai pastinya Taming Sari.

Sebut saja Taming Sari, rata-rata semua orang teringat kepada pahlawan Melayu Melaka, Hang Tuah, begitulah sebaliknya. Gabungan Taming Sari dengan Hang Tuah sangat sinonim dengan sejarah dan kebudayaan Melayu.

Apabila timbul isu bahawa pahlawan Melayu, Hang Tuah sebenarnya tidak wujud seperti yang dipertikaikan sesetengah pihak, maka timbul persoalan sama mengenai kewujudan keris Taming Sari.

Benarkah keris Taming Sari itu wujud atau sekadar mitos untuk mengukuhkan lagi kewujudan Hang Tuah? Rona minggu ini mendapatkan pandangan sejarahwan yang juga pakar keris dan Muzium Perak bagi merungkai persoalan itu.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Mohd Ramli Raman berkata, keris Taming Sari banyak diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu serta beberapa manuskrip alam Melayu yang lain.

Mohd Ramli berkata, apa yang jelas, keris Taming Sari memang wujud dan menjadi alat kebesaran Kesultanan Perak. Malah, berdasarkan rupa dan ciri yang ada pada keris Di Raja itu, senjata ini memang asli dan berasal dari abad ke-14 kerajaan Majapahit.

Malah, beliau berkata, beberapa manuskrip lama yang ditemui juga menceritakan mengenai keris berkenaan dan terbukti senjata itu memang wujud serta masih terus terpelihara sebagai peralatan Diraja Perak.

Keris Taming Sari mendapat nama daripada hulu balang Jawa pada pemerintahan kerajaan Majapahit seperti yang ditulis dalam Sejarah Melayu mahupun Hikayat Hang Tuah serta manuskrip lain. Tidak kiralah sama ada benar wujudnya pendekar Taming Sari itu atau tidak, namun keris itu memang ada.

“Mengenai keaslian pula, mengapa perlu dipertikaikan kerana senjata berkenaan adalah alat kebesaran Diraja Perak. Ia benar wujud dan asli kerana ciri yang ada termasuk jenis logam yang digunakan memang terbukti sejak lebih 600 tahun dulu,” katanya.

Mohd Ramli berkata, banyak mitos dikaitkan dengan keris berkenaan, namun mitos itu adalah kepercayaan. Jadi, soalnya, mengapa perlu diketepikan kepercayaan itu.

Menceritakan sejarah keris tersohor itu, beliau berkata, mengikut Hikayat Hang Tuah, keris berkenaan mendapat nama daripada nama pemilik keris itu, hulubalang Majapahit, Taming Sari.

“Selepas pertarungan antara Majapahit dengan Hang Tuah, yang mana kemenangan berpihak kepada Hang Tuah, keris itu dihadiahkan Ratu Majapahit dengan Sultan Melaka dan kemudian diserahkan kepada Hang Tuah.

“Selepas kegagalan Hang Tuah meminang Puteri Gunung Ledang, beliau menyerahkan keris itu kepada Tun Mamat untuk diserahkan kembali kepada Paduka Raja.

“Namun, yang pastinya saya melihat keris Taming Sari adalah lambang kewibawaan, kekuasaan, darjat, rezeki dan mempunyai pengisian serta spiritual di dalamnya,” katanya.

Mohd Ramli berkata, selepas keris Taming Sari diserahkan kepada Hang Tuah, kerajaan Majapahit tumbang manakala Melaka menjadi lebih maju dan terkenal di mata dunia.

“Selepas keris diserahkan kepada Sultan Melaka tetapi dibawa Tun Mamat ke Riau, maka berlaku kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dan apabila ia dibawa ke Perak, ‘roh’ atau spiritual Taming Sari melonjakkan Kesultanan Perak sehingga hari ini,” katanya.



   


    






Pantang larang Taming Sari

RIWAYAT dan kisah pertarungan hebat antara lagenda pendekar Melayu terulung, Hang Tuah dengan pahlawan Jawa dalam kerajaan Majapahit, Taming Sari akhirnya menzahirkan kewujudan keris teragung dalam sejarah ketamadunan Melayu iaitu Keris Taming Sari.

Mengambil nama sempena pahlawan hebat kerajaan Majapahit itu, Taming Sari dianggap keris sakti hingga menjadikan pemiliknya tidak lut ditujah senjata tajam. Malah, cerita silam mengisahkan pemilik asal keris itu, Taming Sari akhirnya mati di tangan Hang Tuah selepas ditikam keris berkenaan.

Kehebatan senjata itu tidak pernah terhenti diperkatakan sehingga kini, apatah lagi ia sering dikaitkan dengan Hang Tuah iaitu laksamana Melayu yang terkenal dengan ketaatan serta kesetiaannya kepada raja.

Namun, kebelakangan ini ada pula yang seakan menolak kewujudan Hang Tuah dan pada saat itu, Taming Sari yang tersimpan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak, menjadi bukti kewujudan pahlawan Melayu tersohor itu. Masakan tidak, Hang Tuah dan Taming Sari begitu sebati dalam sejarah Melayu.

Sumber dari laman rasmi Pejabat Sultan Perak menyatakan keris berkenaan diselaputi dedaun emas manakala sarung atau hulunya juga diperbuat daripada emas serta dipercayai adunan daripada 20 jenis besi yang sebahagiannya adalah serpihan besi ganggang pintu Kaabah.

Pemiliknya bukan saja tidak lut senjata lawan, senjata dipercayai berusia lebih 500 tahun itu dikatakan berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh. Taming Sari juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memberi petunjuk jika Perak bakal dilanda sebarang musibah atau bencana.

Kelebihan dan keistimewaan keris itu turut dibuktikan dengan kajian Muzium Perak yang mendapati keris Taming Sari memang wujud kerana senjata itu menepati ciri-ciri yang diperlukan, termasuk gambar rajah pada Manuskrip Taming Sari bertulisan jawi kuno mengandungi zikir dan amalan perang amalan Tariqat al-Shazilliah yang dipercayai ditulis pada abad ke-15.

Walaupun wujud pertikaian mengenai keaslian Keris Taming Sari yang kini tersimpan rapi di Istana Iskandariah, Pengarah Muzium Perak, Nor Jannati Ibrahim memberitahu Rona bahawa keris itu asli dan bukan replika seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Keris Taming Sari yang sebelum ini pernah dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar adalah simpanan dan warisan Sultan Perak. Jadi ia menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja negeri ini. Malah, senjata itu hanya boleh dipamerkan kepada umum selepas mendapat perkenan daripada Baginda Sultan Perak sempena Hari Keputeraan baginda.

"Lagipun keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah,” katanya.

Walaupun ketulenan atau keaslian keris berkenaan masih dalam kajian berterusan dilakukan pihak, tetapi Muzium Perak mempertahankan Keris Taming Sari itu adalah asli dan menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja Perak.

"Kebanyakan tohmahan timbul disebabkan generasi hari ini terlalu terdedah dengan maklumat atau fakta diperoleh daripada pelbagai sumber kurang tepat. Mereka hanya mendengar maklumat daripada sebelah pihak tanpa mengkaji sendiri sejarah sebenar Keris Taming Sari serta warisan alat kebesaran diraja itu.

"Disebabkan itu, muzium negeri secara berterusan akan mengadakan pameran berkaitan peralatan bersejarah seumpama itu untuk memberi penjelasan kepada rakyat," katanya.

Biarpun pelbagai dakwaan dan pandangan dikemukakan mengenai kewujudan keris sakti ini, Taming Sari yang juga keris kuasa atau bawar menjadi lambang kedaulatan Kesultanan Melayu Perak kini disimpan rapi bersama 26 alat kebesaran Perak lain dalam sebuah peti besi khas di istana berkenaan.

Berikutan senjata itu mempunyai 'kuasanya' tersendiri, beberapa 'penjaga' alat kebesaran Perak mendakwa ada pantang larang yang perlu dipatuhi sepanjang mengendalikan atau membawa Taming Sari.

Antaranya, keris keramat itu tidak dipamerkan di dalam kotak kaca di ruang legar galeri secara bersendirian sebaliknya disertakan dengan keris Seri Gading sebagai ‘peneman’.

Dikatakan, keris Seri Gading yang juga salah satu alat kebesaran Kesultanan Melayu Perak itu diletakkan di hadapan Taming Sari sebagai ‘penawar’ dan ‘pendinding’ kepada keris terbabit daripada anasir yang berniat buruk terhadapnya.

Kesimpulan, walaupun ada pelbagai versi mengenai Taming Sari, rakyat Malaysia harus berbangga dengan memiliki seni warisan yang penuh dengan sejarah bahkan apa yang diwarisi adalah setanding dan diiktiraf negara luar.


sumber : berita harian online




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...