Pages

Saturday, September 4, 2010

win 7 cara undur system restore

Ni ada satu tips cara guna system restore....ari tu pc aku ade problem jadi aku guna cara ni...aku ambil dari satu laman web.....caranya macam ni....

Operasi Simpan Semula (System Restore) memudahkan anda mengembalikan semula komputer pada keadaan sebelumnya. Dalam hal ini, adalah tidak mustahil bagi anda untuk memilih titik simpanan (Restore Point) yang salah. Sekiranya komputer gagal berfungsi selepas proses simpan semula, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengundur semula operasi simpan semula dengan memilih titik simpanan yang lain.


Rajah 1: Pilihan Titik Simpanan

Untuk mengundur operasi simpan semua dalam Windows 7:

1) Klik Start

2) Taip "System Restore" dalam kekotak carian

3) Dari senarai keputusan carian, klik pada System Restore

4) Klik Undo my last restoration dan klik Next

5) Pilih Titik Simpanan (Lihat Rajah 1) dan klik Next

6) Buat semakan semula dan klik Finish

Selepas proses undur selesai, komputer akan dimulakan semula (restart)

sumber: www.ilmuit.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...